Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab
bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
Program SK Labu, Nilai sempena hari Kanak-Kanak...persembahan daripada murid prasekolah...suka sakan!!! 






MUSIM TENGKUJUH KELATE 2009

Main air banjir memang best tapi ibu bapa kena prihatin dan sentiasa tengok anak-anak yang asyik main air tu...banyak benda yang tak diduga berlaku sekelip mata saja...
Ni gambar masa air banjir tengah nak naik, orang kelate kata "nak menuh"...sempat ambil gambar kat belakang rumah mentua Kg. Bahagia, Kuala Krai. Memang best coz dah lama sangat tak tengok air banjir...








TEKNIK URUTAN BAYI

Teknik urutan bayi adalah pelbagai. Anda boleh menggunakan mana-mana cara yang anda fikirkan sesuai, asalkan bayi suka dan selesa. Berikut adalah antara teknik yang boleh anda gunakan...

Muka





• Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.

• Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.

• Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.

• Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.

Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:

• Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.

• 'Seterika' dahi dengan tapak tangan.

• Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.

• Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.

• Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.

• Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.

• Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.

Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.


Dada

• Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.

• Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.

• Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.


Tangan dan Lengan

• Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.

• Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.

• Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.

• Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.


Kaki

• Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.

• Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.

• Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.

• Betis diurut dengan kedua ibu jari.

• Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.


Perut
• Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.

• Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.



KATA-KATA HIKMAH

KATA-KATA HIKMAH


1. Tiga perkara yang mesti dijauhi:

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya."


2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."


3. Lima macam yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu:

1.Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat.

2.Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian.

3.Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan.

4.Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat.

5.Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah."



4. Cantiknya iman dan amal soleh:
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih baik dari keduanya:

1. Beriman kepada Allah.

2. Memberi manfaat kepada muslimin.


Dan ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya:

1. Mensyirikkan Allah.

2. Menyakiti kaum muslimin."


5. Jalan untuk dicintai orang yang dicintai:

Dari Usman ra yang bermaksud: "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka."



6. Tiga yang menyelamatkan, tiga yang membinasakan, tiga yang boleh mengangkat darjat dan tiga pula yang boleh menghapuskan dosa:

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa. Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah:

1.Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan.

2.Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya.

3.Tetap adil ketika senang dan marah.



Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah:

1.Amat bakhil.

2.Memperturutkan nafsu.

3.Merasa hairan melihat kehebatan dirinya.



Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat:

1.Menyebarkan ucapan salam.

2.Suka memberi makan.

3.Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur.



Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah:

1.Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk.

2.Melangkah kaki ke tempat diadakan solat jemaah.

3.Suka menunggu kedatangan solat."



7. Enam perkara yang asing bila berada di enam tempat:


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:

1.Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.

2.Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

3.Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).

4.Seorang muslimah yang solehah dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.

5.Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.

6.Dan orang alim adalah asing di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."



8. Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:

Rasulullah s.a.w. telah berpesan, yang bermaksud: "Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".



9. Menuju kesempurnaan akal, ilmu dan sumber rezeki:


Umar ra berkata yang bermaksud: "Pandai mengasihi orang setengah daripada akal. Pandai bertanya setengah daripada ilmu dan pandai merancang setengah daripada sumber rezeki".



10.Tiga jenis manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di hari Kiamat:


Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ada tiga orang yang akan diberi perlindungan oleh Allah SWT di hari kiamat nanti:

1.Orang yang tetap berwuduk pada waktu-waktu yang sulit.

2.Orang yang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat pada malam-malam yang gelap iaitu solat Maghrib dan Isyak.

3.Orang yang suka memberi makanan kepada orang yang kelaparan."



11. Sunnah Allah, sunnah para rasul-Nya dan sunnah para wali-Nya:

Dari Ali ra yang bermaksud: "Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah dan sunnah para rasul-Nya dan sunnah para wali-Nya, maka dia dipandang tidak ada nilai sedikit pun. Lalu dia ditanya: Apakah sunnah Allah itu? Jawabnya, menyembunyikan rahsia. Lalu dia ditanya lagi: Apakah sunnah rasul? Jawabnya, berlaku lembut di antara sesama manusia. Kemudian dia ditanya lagi: Apakah sunnah para wali. Jawabnya, menjauhkan gangguan dari kaum muslimin".



12. Orang-orang yang dahulu yang hidup sebelum kita mereka saling berpesan tentang tiga perkara dan saling kirim mengirim (sebagai nasihat):



1.Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupkan baginya akan perkara agamanya dan perkara dunianya.

2.Dan siapa yang membaguskan niatnya yang tersembunyi, maka Allah membaguskan keadaannya yang nyata.

3.Dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki hubungannya dengan semua manusia.


  

22 Perkara Pendidikan Untuk Anak-anak

AMALAN UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA!!!

Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan. Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:

1-Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan. 2-Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik. 3-Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya. 4-Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. 5-Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus. 6-Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran. 7-Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku. 8-Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan. 9-Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi. 10-Jangan biasakan anak tidur tertiarap. 11-Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan. 12-Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur. 13-Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari. 14-Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin. 15-Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap). 16-Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain. 17-Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang. 18-Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya. 19-Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan. 20-Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain. 21-Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka. 22-Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi. Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun.Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.

Koleksi ANIS / Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...